Assalamualaikum wbt to all reader :)
Semua orang yang punya hati untuk
berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yang berlaku dalam
hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang
di akhirnya kelak hasilnya juga berbeza-beza.
Berubah apabila ditimpa
kesakitan yang hampir meragut nyawa pergi, berubah kerana melihat
sahabat yang kini sudah jauh berjaya, berubah tatkala yang tersayang
mengatakan dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.
Yup, bila kita lihat sekali
lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana
perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi
atas dasar apakah kita berubah di dunia?
Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah
dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita
sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita
itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga
kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.
Jangan berubah kerana manusia,
kerana ia tak akan kekal... Tetapi berubahlah kerana Allah, kamu pasti
tak akan jemu dengan cintaNya. Insya'Allah...
aku berubah lillahitaa'la :')



No comments:
Post a Comment