Saturday, April 6, 2013

Mengapa Aku ?


Bismillahirahmannirrahim~ In the name of Allah the gracious and the most merciful.. 
Assalamualaikum to all reader~
tak mengerti kenapa aku ingin mengalirkan air mata terus menerus.. :'( Allahu Allah.
aku lemah ya Allah.. Aku tak kuat T.T Bantu aku Allah untuk bangkit.

Di saat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?
Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?
 Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?
 Dikala aku merasa teringin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?
Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
 Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat…
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?
 Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku… aku tak pernah pun meminta…
Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah… aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak dosa!
Tapi Tuhan… mengapa masih aku yang Kau pilih?
 Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan… aku tak kuat!

Aku lemah…

Dikala ujian dariMu datang…Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.
Aku malu Allah…
 Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.
 Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu…
 Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku…
 Tuhan, jawablah… mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?
Tuhan..
 aku tak pandai bermadah… juga tidak bijak menyusun kata…
 Tapi ketahuilah…
Aku merayu…
 Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma…
Agar diriku, mampu mencintaiMu.


Terima kasih Tuhan…
kerana memilih aku…

Terima kasih Ya Rabbi.
 Dan kini… Hanya diriMu matlamatku. :')
Sekarang dan selamanya… <3



Wednesday, April 3, 2013

kekasihku yang kucintai~


Bismillahirahmannirahim ~ In the name of Allah the most Gracious and The most merciful .. 
Assalamualaikum to all reader ~ :)

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? 
(aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!)
 Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh...
bila aku happy pun aku ckap dgan dye 'Alhamdullillah'.. dia call aku 5 kali sehari.. kau hado ? takdo kan :P jeles lettew .. hehehe cople dgan dye seronok .. Dia sentiasa lindungi kau.. Dia sentiasa tahu apa yang tebaik untuk kau.. serius ! 
 listen! percayalah.. klu kau ada masalah ngadu je kat Dia.. melalui SOLAT.. 
bila kau nak dgar Dia berkata-kata kau baca je AL-QURAN. Allah.. tenang sangat :') tak terkata..  
Allah ... 




Saturday, January 19, 2013

Assalamualaikum wbt to all reader and 2013 :D

benda biasa bila dah lama tak update blog . rasa kekok semacam nak menulis :') 
Allah , macam-macam yang Allah bagi nikmat , uian , bercantum sekali demi mematangkan diri.. 
Alam maya tak sama dengan Alam realiti.. alam realiti lebih sibuk berbanding alam maya.. 
lebih memerlukan khidmat diri juga.. :) as long as ada masa nak menulis..saya akan menulis :') 

Alhamdulillah dah masuk tahun baru :') tahun baru dgan azam yang baru.. Allahu, azam untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik :) InsyaAllah <3 
heww~ with school uniform :') 



Rainbow Arch Over Clouds bytesaazianzawawi@yahoo.com.>