Assalamualaikum wbt to all reader :)
Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!
semua orang punya hati untuk berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yng berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang yang hasilnya akhirnya juga berbeza-beza.
Berubah apabila ditimpa kesakitan yang hampir meragut nyawa. Berubah apabila melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya. Berubah tatkala yang tersayang mengatakan yang dia tak suka itu dan ini. Berubah kerana bermacam=macam lagi...
yup! bila kita lihat sekali lalu perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. kerana perkara-perkar yang berlaku dalam kehidupan. kita perlu berubah . tapi, atas dasar apakah kita perlu berubah di dunia ?
kata ustaz pahrol juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu diakhirat. bukan sekadar cukup kejayaan kita di dunia, tetapi juga kejayaan kitadi akhirat kelak.. itu yang paling utama :)
JANGAN berubah kerana manusia, kerana ia tidak akan kekal.. tapi berubahlah kerana ALLAH.. kamu PASTI tidak akan jemu dengan cinta-NYA . insya-Allah.. ~




















